Monday, 18 April 2011

Saudara Baru ( Nur Hidayah Abdullah@ Stephanie)

Assalamualaikum w b t.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah Taala dengan limpah rahmat dan kasihnya, saya dapat bertemu dengan bekas pelajar yang kini telah memeluk Islam dan menjadi saudara seagama dengan kita. Nama asalnya Stephanie Sailin dan bertukar menjadi Nur Hidayah Abdullah setelah beliau  memeluk agama Islam.  Saya yang masih mengajar di SK..Pendidikan Khas Kota Kinabalu sangat berbangga kerana mempunyai seorang  murid yang begitu perihatin terhadap masa depan orang-orang pekak di sekolah Pendidikan Khas tersebut. Saya kagum dengan beliau. Walaupun pada zahirnya dia seorang yang pekak tetapi hati nurani dan batinnya tetap tulus ikhlas serta terus hidup subur menyinari nur cahaya di dunia ini.  Allah telah memberi ilham dan hidayah kepadanya sebagai khalifah di muka bumi untuk mengembangkan syiar Islam di kalangan orang-orang pekak dan juga memberi keinsafan kepada orang yang tidak pekak tetapi buta hati dan tertutup pendengaran dek tipu daya duniawi.  

Saya sebagai guru,  akan terus mengharap agar beliau dapat membantu pihak sekolah memberi motivasi kepada pelajar-pelajar di sekolah ini. Saya nampak pelajar-pelajar di sekolah ini,  begitu berminat dengan ceramah dan nasihat beliau. InsyaAllah di masa akan datang saya harap beliau terus mencurahkan bakti, pengalaman, dan pengetahuan kepada pelajar-pelajar di Sekolah ini. Insyallah... Amin
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Nur Hidayah Abdullah. Semoga  hidupnya sentiasa diberi rezeki , kesihatan dan dalam lindungan Allah Taala. Amin.





Hidayah sedang memberi ceramah motivasi kepada murid-murid di SK Pen. Khas Kota Kinabalu.

Murid-murid melihat isyarat yang disampaikan oleh Hidayah dengan penuh minat.

1 comment:

  1. Syukran jiddah ya ukhti.. Cikgu muslimah, nama islam "NUR HIDAYAH QANIE ABDULLAH". :) Asif jiddah kerana hidayah tidak dpt dtg ke sabah pada bulan mei. Ada sebab-sebab... InsyaAllah klu ada masa hidayah akn kasi tau cikgu apabila nak blik sabah... :) Ana uhibbuki fillah ya ukhti....

    ReplyDelete