Rasulullah SAW bersabda,
" Sesiapa bersedekah seberat kurma dari hasil kerja yang baik, maka Allah akan menerimanya, sesungguhnya Allah menerima sedekah itu dengan kanannya dan memberkatinya, kemudian menggandakan untuk pemiliknya sebagimana salah seorang kamu menggandakan belanjanya, Sehingga sesuap saja akan menjadi spt Gunung Uhud"
Firman AllahAWT:
"Ertinya " Tidakah mereka tahu bahawa Allah menerima taubat dari hamba-Nya dan menerima sedekah.
(Q.S.At Taubah:104 )
"Allah SWT menghapuskan ( berkat ) riba dan menambah ( berkat ) sedekah" (Q.S.Al Baqarah: 276 )
Rasulullah SAW bersabda,
" Dan lelaki yang bersedekah lalu dia merahsiakannya hingga tangan kirinya tidak tahu apa yg disedekahkan oleh tangan kanannya."
"Perbuatan yang baik akan dapat membersihkan perbuatan yang buruk. Sedekah yang ikhlas akan memadamkan kemurkaan Allah. Dan silaturrahim akan menambah umur."
Dalam riwayat yang lain untuk at- Thabrani dabn Ahmad, " Apa sedekah itu "?
Rasulullah SAW menjawab, Ia akan dilipatgandakan dan di sisi Allah ada tambahan." kemudian membaca ayat:
' Sesiapa yang berhutang kepada Allah dengan hutang yang baik ( iaitu menafkahkan harta ke jalan Allah), maka Allah akan melipatgandakan pahalanya beberapa kali lipat yang banyak."
(Q.S.Al-Baqarah: 245)
Ditanyakan, "Wahai Rasulullah, sedekah apakah yang paling utama?"
Baginda menjawab,
" Sedekah yang ikhlas kepada fakir dan menahan mata".
Kemudian baginda membaca:
' Jika kamu lahirkan sedekah, maka itu sebaik-baiknya dan jika kamu menyembunyikan dan kamu berikan
kepada orang2 fakir, maka itulah yang lebih baik bagimu."
( Q.S. Al baqarah : 271 )
Salam. Marilah kita sama-sama mengamalkan sedekah. Tq
ReplyDelete