Monday, 21 April 2014

 Program Membaca 1 Dunia  khas untuk semua guru dan murid. SKPen khas Kota Kinabalu.


                                  Kelihatan cikgu Hamidah, Nurmegawaty dan Hetiah sedang khusyuk membaca buku
                                  ilmiah.

Tuesday, 19 April 2011

KEUTAMAAN SEDEKAH

Rasulullah SAW bersabda,

" Sesiapa bersedekah seberat kurma dari hasil kerja yang baik, maka Allah akan menerimanya, sesungguhnya Allah menerima sedekah itu dengan kanannya dan memberkatinya, kemudian menggandakan untuk pemiliknya sebagimana salah seorang kamu menggandakan belanjanya, Sehingga sesuap saja akan menjadi spt Gunung Uhud"

Firman AllahAWT:
"Ertinya  " Tidakah mereka tahu bahawa Allah menerima taubat dari hamba-Nya dan menerima sedekah.
                                                                                                                   (Q.S.At Taubah:104 )

"Allah SWT menghapuskan ( berkat ) riba dan menambah ( berkat ) sedekah" (Q.S.Al Baqarah: 276 )

Rasulullah SAW bersabda,
" Dan lelaki yang bersedekah lalu dia merahsiakannya hingga tangan kirinya tidak tahu apa yg disedekahkan oleh tangan kanannya."
"Perbuatan yang baik akan dapat membersihkan perbuatan yang buruk. Sedekah yang ikhlas akan memadamkan kemurkaan Allah.  Dan silaturrahim akan menambah umur."

Dalam riwayat yang lain untuk at- Thabrani dabn Ahmad, " Apa sedekah itu "?
Rasulullah SAW menjawab, Ia akan dilipatgandakan dan di sisi Allah ada tambahan." kemudian membaca ayat:
' Sesiapa yang berhutang kepada Allah dengan hutang yang baik ( iaitu menafkahkan harta ke jalan Allah), maka Allah akan melipatgandakan pahalanya beberapa kali lipat yang banyak."
                                                                                              (Q.S.Al-Baqarah: 245)

Ditanyakan, "Wahai Rasulullah, sedekah  apakah yang paling utama?"
Baginda menjawab,
                " Sedekah yang ikhlas kepada fakir dan menahan mata".

Kemudian baginda membaca:

    ' Jika kamu lahirkan sedekah, maka itu sebaik-baiknya dan jika kamu menyembunyikan dan kamu berikan
kepada orang2 fakir, maka itulah yang lebih baik bagimu."
                                                                                            ( Q.S. Al baqarah : 271 )

Tipu Daya Dunia

Allah SWT berfirman:

" Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu lalai kerana harta benda dan anak-anakmu daripada mengingati Allah. Barangsiapa berbuat demikian itu, maka mereka orang yang merugi" ( Q.S. Munafiqun::9 )

"Sesungguhnya harta bendamu dan anak-anakmu menjadi cubaan bagimu. Allah di sisi-Nya pahala yang besar"
                                                                                                                             (Q.S. At Taghabun: 15)

"Jangan sekali-kali. Sesungguhnya manusia itu amat derhaka. kerana ia melihat dirinya telah kaya-raya
                                                                                                                              (Q.S. Al.Alaq 6-7)

Telah bersabda Rasulullah SAW:
" Gila harta dan kedudukan, kedua-duanya menambahkan kemunafikan dalam hati bagaikan air menumbuhkan sayuran"

Rasulullah SAW bersabda lagi,
"Binasalah orang -orang yang memperbanyakkan ( harta ) kecuali yang berkata pada yang lain demikian-demikian. Namun mereka itu sedikit."

Rasullullah SAW bersabda,
" ketika seorang hamba meninggal dunia, Malaikat berkata, "Apa yang telah ia sedekahkan? Dan manusia bertanya, " Apa yang dia tinggalkan?"

Rasulullah SAW bersabda,
"Jangan kau sia-siakan hidupmu dengan berabdi kepada dunia"

Monday, 18 April 2011

Saudara Baru ( Nur Hidayah Abdullah@ Stephanie)

Assalamualaikum w b t.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah Taala dengan limpah rahmat dan kasihnya, saya dapat bertemu dengan bekas pelajar yang kini telah memeluk Islam dan menjadi saudara seagama dengan kita. Nama asalnya Stephanie Sailin dan bertukar menjadi Nur Hidayah Abdullah setelah beliau  memeluk agama Islam.  Saya yang masih mengajar di SK..Pendidikan Khas Kota Kinabalu sangat berbangga kerana mempunyai seorang  murid yang begitu perihatin terhadap masa depan orang-orang pekak di sekolah Pendidikan Khas tersebut. Saya kagum dengan beliau. Walaupun pada zahirnya dia seorang yang pekak tetapi hati nurani dan batinnya tetap tulus ikhlas serta terus hidup subur menyinari nur cahaya di dunia ini.  Allah telah memberi ilham dan hidayah kepadanya sebagai khalifah di muka bumi untuk mengembangkan syiar Islam di kalangan orang-orang pekak dan juga memberi keinsafan kepada orang yang tidak pekak tetapi buta hati dan tertutup pendengaran dek tipu daya duniawi.  

Saya sebagai guru,  akan terus mengharap agar beliau dapat membantu pihak sekolah memberi motivasi kepada pelajar-pelajar di sekolah ini. Saya nampak pelajar-pelajar di sekolah ini,  begitu berminat dengan ceramah dan nasihat beliau. InsyaAllah di masa akan datang saya harap beliau terus mencurahkan bakti, pengalaman, dan pengetahuan kepada pelajar-pelajar di Sekolah ini. Insyallah... Amin
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Nur Hidayah Abdullah. Semoga  hidupnya sentiasa diberi rezeki , kesihatan dan dalam lindungan Allah Taala. Amin.





Hidayah sedang memberi ceramah motivasi kepada murid-murid di SK Pen. Khas Kota Kinabalu.

Murid-murid melihat isyarat yang disampaikan oleh Hidayah dengan penuh minat.

Fadhilat ( kelebihan ) Berwudhuk

Rasullullah s.a.w. bersabda,
" Barangsiapa berwudhuk dengan baik dan salat dua rakaat tanpa memikirkan dunia ketika itu, maka dia akan keluar dari dosanya seperti dia dilahirkan oleh ibunya."

Rasullullah bersabda lagi,
"Tidakah ingin kuceritakan padamu amal yang menyebabkan Allah menghapuskan dosa dan mengangkat darjat?Ialah menyempurnakan wudhuk di saat tidak disukai ( dingin ), melangkah kaki ke masjid dan menanti solat setelah solat..."

Rasullullah S.A.W bersabda,
"Siapa ingat Allah saat ia berwudhuk, Allah akan menyucikan seluruh jasadnya. Dan siapa tidak mengingat Allah, Allah tidak  mensucikannya kecuali apa yang tersiram oleh air saja."

Rasullullah S.A.W bersabda,
" Siapa yang berwudhuk masih ia dalam bersuci, Allah akan menulis untuknya sepuluh kebaikan."
Dan sabda baginda lagi,
"Wudhuk di atas wudhuk adalah nur di atas nur"

Friday, 15 April 2011

Sujud 15 kebaikan yang tersembunyi

Tahukah anda bahawa perbuatan sujud dalam amalan sembahyang mempunyai hikmah yang bukan sedikit. Adalakanya kelebihan dan hikmah yang tersembunyi dari setiap yang Allah S.W.T uruskan kepada hambanya tidak terjangkau dek akal.

Beikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang.
1.membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.

2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh

3. Melegakan sakit hermia

4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

5. Melegakan paru-pau daripada ketegangan.

6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

7.Sujud palng baik untuk berehat dan megimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

8.Meringankan bahagian pelvis.

9. memberi dorongan supaya mudah tidur.

10. Mneggerakkan otot bahu, dada, leher, perut, serta punggung ketika sujud dan bangun.

11. Bagi wanita pergerakan otot, buah dada lebih baik.

12. Sijid mampu mengurangkan kegemukkan.

13. Memeudahkan wanita bersalin.

14. Organ terpenting iaitu OTAK kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

15. Mengelakkan pedarahan otak jika tiba-tiba   menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

DARI SEGI PSIKOLOGI PULA, SUJUD MEMBUATKAN KITA MERASA RENDAH DIRI DI HADAPAN YANG MAHA PENCIPTA SEKALI GUS MENGIKIS SIFAT SOMBONG, RIAK, TAKBUR DAN SEBAGAINYA. MANAKALA DARI SEGI PERUBATAN PULA KESAN SUJUD YANG LAMA AKAN MENAMBAH KEKUATAN ALIRAN DARAH KE OTAK YANG BOLEH MENGELAKKAN PENING KEPALA. DAN MIGRAIN.